Miss Very Cute
Sejenak aku terkaku,otak ligat berputar dan berfikir...mencongak segala kemungkinan...melawan segala emosi yg tak sepatutnya menjejaskan aku.....tp itulah aku seorang wanita biasa...yang hatinya sukar tuk ditafsir dan dimengertikan..bukan sengaja menjadi begini..namun mengerti segala yang terjadi adalah ketetentuan NYA


Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.Lalu aku yang sedang berhadapan dengan kesakitan dan dugaan hidup ini harus redha dan bersyukur kerana aku diduga dan kasih sayang NYA tak pernah putus buat aku hamba NYA.....maka Ya ALLAH tabahkanlah aku...redhakanlah aku.


Kebelakangan ini jugak, aku selalu terfikirkn, mungkin juga sebenarnya memujuk hati, siapa aku tuk risaukan masa depan, siapa aku tuk bimbang dengan sesuatu yang aku sendiri tak pasti keadaannya.......sepatutnya dan seharusnya aku kembalikan segala-galanya kepada ketentuan NYA yang di atas sana..segala urusan itu di atas sana..aku sebagai hamba NYA hanya perlu melaksanakan tanggungjawab ku sahaja.....


Lalu hati aku yg pilu sedih dan kadang2 rawan ini terpujuk jua....kerana bagi aku kini bahagia datang dalam pelbagai bentuk dan cara.,.....mungkin apa yang aku inginkan aku takkan dapat sebb tu bukan yg terbaik buat aku, mungkin ada lagi yg terbaik menanti aku satu hari nanti....jadi relalah aku memahami bahawa hidup ini tidak terhenti pabila di duga atau diuji..hidup ini sebenarnya baru bermula kembali sewaktu di uji.....


Mungkin untuk mencari semangat sewaktu diuji itu teramat payah sekali....namun aku percaya segala yang terlukis dan terbentang buat diriku adalah yang terbaik telah ditakdirkan buat diri ini... Maka hati dan diri harungilah perjalan hidup ini walau sesepi mana pun laluan yang berduri.....walau linangan air mata ku hanya diri ini yang tahu........
0 Responses

Post a Comment