
Aryiana syg,
Sekali lagi pagi ini kau menangis aryiana..menangis menahan kepedihan perasaan mu....menyesali sekali lagi kealpaan dan kesilapan mu dalam menilai dan membuat keputusan aryiana......aku mengerti aryiana bukan mudah buat dirimu....teramat payah kau rasakan saat ini..
Aryiana syg,
Namun disebalik segala tangisanmu itu..aku cukup bangga aryiana...aku bangga..kau mampu bertahan hingga saat ini...kau bertahan walau terlalu pahit untuk kau telan aryiana.....malah aku cukup terharu aryiana.bila kau melihat segalanyer dengan mata hatimu..bila kau memujuk jiwa mu ini dengan mengata bahawa dirimu harus bersyukur dengan cinta yang datang dalam pelbagai cara...cinta dari keluarga mu...cinta dari sahabat mu....
Aryiana syg,
Aku juga mengerti aryiana,kau juga memerlukan cinta seorang lelaki untuk menyokong mu,untuk kau kongsi segala rahsia aryiana....kau cukup mengerti aryiana...dari dahulu untuk kau memperolehi cinta seorang lelaki amat payah aryiana....
Aryiana syg,
Satu masa dulu kau terpaksa berjuang untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang seorang lelaki bernama abah..aku mengerti betapa terseksa nyer kau aryiana..betapa kau merana untuk memperolehi kasih sayang tersebut aryiana.....walau hati kecil mu menjerit namun tidak di dengar aryiana...tangisanmu aryiana berlagu sepi diruang hatimu aryiana..aku jugalah menjadi saksi betapa kau merana dan terseksa waktu tu aryiana....namun seperti selalu kau belajar melalui pengalaman..kau menjadi kuat aryiana....aku nampak seorang aryiana yang cukup tabah dan kuat di situ.......
Aryiana syg,
Aku amat berharap agar aryiana yang amat tabah dulu akan terus menjadi tabah kini....mungkin ditakdirkan buat dirimu jalan cerita hidup mu terpaksa melalui segala kepahitan ini.......ingat selalu aryiana ALLAH MENGUJI SESEORANG HAMBANYA KERANA ALLAH TAHU HAMBANYA ITU MAMPU MELALUINYA.maka aryiana,laluinya dengan penuh ketabahan dan kesabaran...kerana kau pasti mampu melaluinya...kerana cinta itu akan sentiasa menjadikan kau tabah aryiana...
Aryiana syg,
Cinta itu bukan satu paksaan aryiana..aku tahu aryiana kau mencintai dengan ikhlas hatimu..bagimu cinta itu tak pernah meminta..cinta itu sentiasa memberi..cinta itu tak pernah berdendam dan x pernah membalas dendam...malah cinta juga x semestinya memiliki....malah kau sanggup melepaskan demi kebahagian orang yang kau cintai......itu adalah dirimu aryiana....itu adalah cinta bagi dirimu aryiana.........maka aryiaan..ikhlaskan lah hati mu..tabahkanlah jiwa mu...kuatkanlah pendirianmu....
Aryiana syg,
Mcm yang selalu aku katakan,kepahitan yang kau telan hari ini x kan selamanya aryiana....percayalah aryiana....dan aku tahu kau amat yakin terhadap cinta NYA.........maka carilah cinta NYA aryiana....dalam sujud mu...dalam doa2 mu aryiana.........agar cintamu terhadapnya terus subur dan mekar mengharum............
Aryiana syg,
Percayalah aryiana,walau hati kecilmu menjerit pedih menahan seksa pedihnya hatimu,tapi kau akan merasai nikmatnya kepedihan itu...cuma buat masa ini kau tak mampu untuk melihat kerana hatimu sedang melawan kesedihan yang bertandang itu..kau sedang berperang dengan perasaan mu sendiri....garis tangan yang tergambar tak mampu untuk kau lawan aryiana......maka ingat sekali lagi aryiana...sujud lah kembali pada ALLAH yang satu.....
Post a Comment