Miss Very Cute
Kata hati aku..aku merindu..teramat rindu..tapi entahlah.....aku x mengerti apa yg terjadi.....aku anggap sebagai dugaan hidup aku...walau sebenarnya ingin aku menangis....ingin aku menjerti memberitahu bahawa aku merindu..namun aku tahu tiada apa yang bole aku lakukan...sapalah aku di sisinya...lalu ku bawa hati ni..ku bawa semula ke hati ke tempat yang sepatutnya....tempat aku bermohon..tempat aku mengadu...tempat aku meminta...kerana aku tahu kasih sayang nya tetap kekal abadi selamanya buat aku hamba NYA......
akan aku cuba ikhlas kan hati dan redha dengan ketentuan yang telah tertulis buat ku...cuma doa ajer menjadi kn aku bertambah kuat...cuma aku tgh berusaha untuk mendidik hati ini.... kerana sebenarnya bukan mudah untuk menjalani segalanya sendirian......sekuat mana pun aku kadang2 terbabas dek terbawa oleh emosi aku sendiri....namun biler aku tersedar...aku tabahkn hati...aku cuba menjadi manusia yang sesabar boleh...aku akan terus dan berusaha untuk bersabar..sebab hanya melalui kesabaran itulah aku akan menjadi manusia yang redha....dan keikhlasan aku biarlah hanya ALLAH yang mengetahui nya......

Ya ALLAH moga hamba mu ini x kan menjadi seorang hamba yang akan berputus asa untuk terus berdoa kepada MU..kukuhkan lah hati ini...kuat kanlah jiwa ini Ya ALLAH....aku tidak ingin menjadi manusia yang jemu menunggu dan berharap yang doa2 ku akan di kabulkan....ALLAH kau didiklah jiwa ini..kau suburkanlah hati ini dengan keimanan kepada MU.....kau buka kanlah ruang rindu di hati ini buat MU......kerana sesungguhnya cinta dan rindu pada MU adalah yang kekal dan abadi...ku serahkan hidup dan mati ku hanya pada MU Ya ALLAH....

Ku berharap dan terus berharap Ya ALLAH agar kau mendidik hati ku....membimbing ku....memberikan aku kekuatan untuk terus bersabar dan menjalani kehidupan yang telah kau tetapkan dengan redha......ketentuan mu adalah yang terbaik buat ku.....rancangan mu adalah yang terindah buat diri ini....terima kasih Ya ALLAH untuk segala kurnia MU..janganlah kau palingkan hamba MU ini lagi dari jalan MU.....setelah kau berikan aku peluang untuk pulang ke jalan mu.....biarlah aku terus  berada dalam rahmat dan redha mu sehingga diri MU menjemput aku pulang untuk menghadap MU.....

Ya ALLAH aku berlindung dengan MU dari segala dukacita dan kesedihan yang berpilin di jiwa ini...Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang
...Ya ALLAH ampunkanlah aku dan berkatilah hdiup ku ini....
1 Response
  1. Anonymous Says:

    kekadang ada sedikit kesilapan dalam diriku kerana diriku bukanlah sempurna... dan kekadang egoku selalu menghalang aku bertindak sewajarnya.... dan kekadang selalu aku rasa ingin menjeritkan kepada dunia betapa ku sayang padamu, betapa ku rindu padamu, betapa ku bangga dengan kau yang KINI... kau yang akur pada nasihatku... tetapi kau saja tahu semua itu tak bisa berlaku... kerana sebab yang kau sendiri tahu.....untuk memberitahu dunia?? sedangkan kita dalam kerahsiaan walaupun tiada kerahsiaan antara kita.. maka ku pendamkan di dalam hati.... tapi ku ingin kau tahu betapa kata-kataku adalah benar...
    ku pohon ampun andai aku melukakan jiwamu yang lemah itu.... andai melukakan parut yang baru hendak sembuh.... tegurlah diriku... kerana kau juga berhak membetulkan diriku...


Post a Comment